Saturday, 8 March 2014

FULLBOARD PAKEJ BALI, INDONESIA (4 HARI 3 MALAM)

Harga Pakej RM1450/ seorang (Minimum 4 orang)

PAKEJ TERMASUK :
Tiket penerbangan pergi dan balik KLIA - Bali Ngurah Rai International Airport (Mas Airline)
Penginapan Hotel ***
Pengangkutan bas @ van yang berhawa dingin
Melancong ke tempat-tempat seperti yang dinyatakan dalam atucara
Bayaran masuk ke tempat-tempat yang mengenakan bayaran
Air mineral
Makan dan minum seperti yang dinyatakan dalam atucara
Pemandu pelancong yang fasih berbahasa malaysia dan inggeris

PAKEJ TIDAK TERMASUK :
Cukai di Lapangan terbang
Perbelanjaan peribadi
Tip kepada pemandu pelancong

Tanah Lot
Gunung berapi Kintamani
Tegalalang Rice Terrace 
Jimbaran Bay (Makan malam - BBQ)

HARI 01 : KETIBAAN DI BALI (Makan malam)
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai , anda akan dijemput oleh wakil kami. Selepas selesai pemeriksaan imigresen dan kastam, anda akan dibawa untuk makan malam di Restoran tempatan dan check in Hotel untuk berehat dan acara bebas.

HARI 02 : BARONG - KINTAMANI (Sarapan, makan tengahari, makan malam)
Sarapan di Hotel. Lawatan dimulakan ke Gunung berapi Kintamani dan berhenti di kampung batubulan untuk menyaksikan persembahan kebudayaan Barong & Kris Dance, melawat tempat Emas & Perak di Celuk, lukisan dan ukiran kayu di Kampung Mas. Makan tengahari di Restoran tempatan sambil menikmati panorama eksotik Gunung Batur dan tasik. Selepas itu anda akan dibawa menyaksikan permandangan menarik iaitu padi yang ditanam secara berperingkat di lereng bukit di kampung Tengallang. Pada sebelah malam, anda akan dibawa makan malam BBQ makanan laut di Jimbaran Bay sambil menyaksikan keindahan malam di tepian pantai.

HARI 03 : BEDUGUL - TANAH LOT (Sarapan, makan tengahari, makan malam)
Sarapan di Hotel. selepas sarapan, anda akan dibawa ke Pasar Candi Kuning Bedugul dimana anda akan dapat menyaksikan buah-buahan dan bunga-bungaan yang berwarna-warni. Makan tengahari di Restoran tempatan. Tempat lawatan seterusnya ialah Alas Kedaton dan sebelah petangnya pula, anda akan dibawa melihat matahari terbenam yang sangat menakjubkan di Tanah Lot.

HARI 04 : BALI - PELEPASAN (Sarapan)
Selepas sarapan di hotel, bersedia untuk meninggalkan Bali. Check out Hotel dan bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai untuk berlepas pulang.

No comments:

Post a Comment