Tuesday, 18 March 2014

3 HARI 2 MALAM HANOI (PAKEJ MUSLIM)
*Sah sehingga September 2014

HARI 1: TIBA DI HANOI (MM)
Setibanya di Hanoi, anda akan dibawa ke hotel untuk mendaftar masuk. Lawatan separuh hari di Bandar Hanoi akan membawa anda melawat MUZIUM TENTERA dan KUIL SASTERA yang pertama dibina oleh Universiti Vietnam pada tahun 1070. Lawatan berjalan di sekitar OLD QUARTER. Nikmati PERTUNJUKAN BONEKA AIR dan diikuti dengan makan malam di restoran Halal.

HARI 2: HALONG BAY (MP/MT/MM)
Bertolak ke Halong melalui Hai Duong. Tiba di jeti untuk menaiki bot ke Halong. Hidangan makanan laut akan disediakan didalam bot untuk makan tengahari. Nikmati 4jam pelayaran disekitar Teluk Magnificiant. Seterusnya anda akan dibawa melawat Dau Go dan Gua Thien Cung. Gua ini adalah yang paling cantik di teluk ini kerana mempunyai Stalaktik dan Stalagmit yang besar. Bertolak pulang ke Hanoi seterusnya makan malam (Halal) dan berehat di hotel.

HARI 3: BERTOLAK PULANG (MP)
Selepas sarapan, anda akan melakukan aktiviti bebas sehingga pemindahan ke lapangan terbang untuk bertolak pulang.

HOTEL:-
HANOI SKY (3*)

PAKEJ TERMASUK:
Pengangkutan darat di Hanoi seperti dalam atucara.
Penginapan.
Pemandu pelancong berpengalaman (Bahasa Inggeris).
Semua bayaran masuk, tambang bot dan pertunjukan boneka air.
2x sarapan, 1x makan tengahari (makanan laut) dan 2x makan malam (Halal).
2 botol air mineral/pax/hari pelancongan.
Pengangkutan ke destinasi pilihan.
Insurans perjalanan.

PAKEJ TIDAK TERMASUK:-
Perbelanjaan peribadi.
Tip/imbuhan kepada pemandu pelancong.
Tiket penerbangan.
Proses visa.
Cukai lapangan terbang (jika ada).
Makanan atau minuman selain yang dinyatakan.

POLISI KANAK-KANAK:-
Kanak-kanak beserta katil : 75% daripada harga dewasa.
Kanak-kanak berkongsi katil dengan dewasa : 50% daripada harga dewasa.

HARGA PAKEJ:- Ground sahaja.
2 Orang
RM1140.00 / PAX
3 – 4 Orang
RM980.00 / PAX
5 -6 Orang
RM780.00 / PAX

7 – 9 Orang
RM700.00 / PAX
10 – 15 Orang
RM670.00 / PAX
Nota : Harga adalah tertakluk kepada perubahan semasa.





Monday, 17 March 2014

4 HARI 3 MALAM KOTA KINABALU, SABAH

 ( SAH SEHINGGA BULAN MAC 2015 )






PAKEJ TERMASUK
Ø  Pengangkutan berhawa dingin (bas, van, kereta dll).
Ø  Penginapan.
Ø  Makan & minum seperti yang dinyatakan.
Ø  Bayaran masuk ke tempat-tempat yang mengenakan bayaran.
Ø  Pemandu pelancong (Untuk 10 orang ke atas sahaja)

PAKEJ TIDAK TERMASUK
Ø  Tiket penerbangan pergi dan balik.
Ø  Cukai di Lapangan Terbang.
Ø  Perbelanjaan peribadi.
Ø  Tip kepada pemandu pelancong.

HARGA PAKEJ (GROUND SAHAJA)


HOTEL

*

JENIS

2-3 PAX

4-8 PAX

9-14 PAX

30 PAX

Kinabalu Daya
3
Superior
RM1100
RM1060
RM1040
RM890
Shangri-La
3
Deluxe
RM1120
RM1090
RM1080
RM930

Hari 01 ( Makan tengahari/ Makan Malam )
Setibanya anda di Lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, anda akan disambut oleh wakil kami. Lawatan dimulakan ke Menara Tun Mustapha (bangunan 32 tingkat yang unik), Masjid Negara dan membeli-belah di KK Handicrafts Centre (Filipino Market), Frozen Seafood Market, Coffee Hill dan singgah di Butik Koko. Check-in hotel. 

Hari 02 ( Sarapan/ Makan tengahari/ Makan Malam 
Sarapan di hotel. Setelah itu, anda akan dibawa ke Kinabalu Park (tapak warisan yang pertama oleh UNESCO pada November 2000) untuk menikmati mandian sulfur  di Poring Hot Spring dan berjalan kaki merentasi Jambatan gantung. Dalam perjalanan, singgah membeli-belah di Kundasang Vegatable Market. Check-in Hotel. 

Hari 03 ( Sarapan/ Makan tengahari/ Makan Malam )
Sarapan di hotel. Setelah itu, bertolak ke Manukan & Pulau Sapi. Disini anda dapat meneroka dan menikmati keindahan alam, bersantai di tepian pantai, berenang dan snorkeling. Anda juga boleh menikmati sukan air dengan perbelanjaan sendiri seperti air-ski, jet ski, luncur angin, wind surf dan lain-lain aktiviti yang menyeronokkan. Bertolak ke Pulau Sapi untuk makan tengahari (BBQ) dan pada sebelah petang kembali ke Kota Kinabalu dan check in hotel. Berehat dan acara bebas.

Hari 04 ( Sarapan )
Sarapan di hotel. Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk berlepas pulang.

Nota :- Harga adalah tertakluk kepada perubahan semasa.

Sunday, 16 March 2014

3 HARI 2 MALAM PENANG

HARI 01
Check in hotel dan aktiviti bebas.
Melawat sekitar Georgetown.
Makan malam di restoran tempatan.
Menaiki Beca untuk melihat suasana waktu malam di Penang.

HARI 02
Sarapan di hotel.
Melawat bangunan lama yang penuh dengan nostalgia disekitar Penang.
Melawat Batu Feringghi, Teluk Bahang, Kuil Ular, Jambatan Pulau Pinang dan O E Fine Jewellery Factory.
Melawat Bukit Bendera dan Kuil Kek Lok Si (Kuil terbesar di Malaysia).

HARI 03
Sarapan di hotel.
Aktiviti bebas sebelum check out.
Bertolak pulang.





Sunday, 9 March 2014

3HARI 2MALAM CAMERON HIGHLAND

HARI 01 : CAMERON HIGHLAND

  • Check-in hotel.
  • Acara bebas.

HARI 02 : CAMERON HIGHLAND
  • Sarapan di hotel.
  • Sejak penemuan Cameron Highlands oleh William Cameron pada tahun 1885, kawasan tanah tinggi bukan sahaja telah berubah menjadi tanah pertanian dan taman istirehat untuk ahli perniagaan Cina yang kaya tetapi juga telah menjadi destinasi yang paling popular untuk percutian dalam dan luar negara sama. Pada tahun 1929, John Archibald Russell Scotland, adalah orang pertama yang akan diberikan sebidang tanah untuk menanam teh di rantau ini. Hari ini, syarikatnya Boh Plantations adalah penanam teh terbesar di Malaysia. 
  • Lawatan setengah hari ini akan membawa anda ke satu LADANG TEH untuk menonton pemprosesan teh hitam dan kemudian  mencuba pelbagai jenis teh di rumah teh itu. Selepas minum petang  kita akan melawat PASARAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN DAN SAYUR-SAYURAN, LADANG PEMELIHARAAN LEBAH, TAMAN RAMA-RAMA, KUIL BUDDHA CINA, TAMAN CACTUS DAN BUNGA dan akhir sekali LADANG STRAWBERRY.

HARI 03 : CAMERON HIGHLAND
  • Sarapan dihotel.
  • Acara bebas.
  • Check out hotel.









PAKEJ TERMASUK :
  • Penginapan di hotel bertaraf 4***.
  • Sarapan pagi.
  • 1 makan malam (steamboat)
  • Melancong ke tempat-tempat yang dinyatakan seperti dalam atucara.

PAKEJ TIDAK TERMASUK :
  • Pengangkutan ke Cameron Highland.
  • Perbelanjaan peribadi.
  • Makanan dan minuman selain dari yang dinyatakan dalam atucara.
  • Tiket masuk ke tempat-tempat lawatan yang mengenakan bayaran.
  • Surcaj hotel semasa Cuti Am atau Cuti Perayaan.

HARGA PAKEJ : RM720.00 / seorang


Nota : Harga adalah tertakluk kepada perubahan semasa.


Saturday, 8 March 2014

FULLBOARD PAKEJ BALI, INDONESIA (4 HARI 3 MALAM)

Harga Pakej RM1450/ seorang (Minimum 4 orang)

PAKEJ TERMASUK :
Tiket penerbangan pergi dan balik KLIA - Bali Ngurah Rai International Airport (Mas Airline)
Penginapan Hotel ***
Pengangkutan bas @ van yang berhawa dingin
Melancong ke tempat-tempat seperti yang dinyatakan dalam atucara
Bayaran masuk ke tempat-tempat yang mengenakan bayaran
Air mineral
Makan dan minum seperti yang dinyatakan dalam atucara
Pemandu pelancong yang fasih berbahasa malaysia dan inggeris

PAKEJ TIDAK TERMASUK :
Cukai di Lapangan terbang
Perbelanjaan peribadi
Tip kepada pemandu pelancong

Tanah Lot
Gunung berapi Kintamani
Tegalalang Rice Terrace 
Jimbaran Bay (Makan malam - BBQ)

HARI 01 : KETIBAAN DI BALI (Makan malam)
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai , anda akan dijemput oleh wakil kami. Selepas selesai pemeriksaan imigresen dan kastam, anda akan dibawa untuk makan malam di Restoran tempatan dan check in Hotel untuk berehat dan acara bebas.

HARI 02 : BARONG - KINTAMANI (Sarapan, makan tengahari, makan malam)
Sarapan di Hotel. Lawatan dimulakan ke Gunung berapi Kintamani dan berhenti di kampung batubulan untuk menyaksikan persembahan kebudayaan Barong & Kris Dance, melawat tempat Emas & Perak di Celuk, lukisan dan ukiran kayu di Kampung Mas. Makan tengahari di Restoran tempatan sambil menikmati panorama eksotik Gunung Batur dan tasik. Selepas itu anda akan dibawa menyaksikan permandangan menarik iaitu padi yang ditanam secara berperingkat di lereng bukit di kampung Tengallang. Pada sebelah malam, anda akan dibawa makan malam BBQ makanan laut di Jimbaran Bay sambil menyaksikan keindahan malam di tepian pantai.

HARI 03 : BEDUGUL - TANAH LOT (Sarapan, makan tengahari, makan malam)
Sarapan di Hotel. selepas sarapan, anda akan dibawa ke Pasar Candi Kuning Bedugul dimana anda akan dapat menyaksikan buah-buahan dan bunga-bungaan yang berwarna-warni. Makan tengahari di Restoran tempatan. Tempat lawatan seterusnya ialah Alas Kedaton dan sebelah petangnya pula, anda akan dibawa melihat matahari terbenam yang sangat menakjubkan di Tanah Lot.

HARI 04 : BALI - PELEPASAN (Sarapan)
Selepas sarapan di hotel, bersedia untuk meninggalkan Bali. Check out Hotel dan bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai untuk berlepas pulang.

Wednesday, 5 March 2014

5 HARI 4 MALAM GUANGZHOU - SHENZEN

PAKEJ SAH SEHINGGA MAY 2014.

Tempat-tempat yang akan dilawati :-


  • Lotus Mountain Park.
  • Lianhua Hill.
  • kilang jade & Sutera.
  • Yue Ziu Park.
  • Zhenhai Tower.
  • Five Rams.
  • Pusara Saad Bin Abi Waqqas.
  • Dewan Memorial Dr. Sun Yat Sen.



                           
   

Tempat membeli-belah yang akan dikunjungi :-

  • Luohu Commercial Hall.
  • Dongmen Shopping Street.
  • Shang Ziajiu Street.
                    

Hotel :-

  • 3* Hotel Shenzhen Changan.
  • 3* Hotel Guangzhou Eura Asia.
Pakej termasuk :-
  • Tiket penerbangan pergi dan balik KL - GUANGZHOU - KL (Malaysia Airlines)
  • Semua pengangkutan di Guangzhou & Shenzhen.
  • Penginapan di Guangzhou & Shenzhen (twin sharing).
  • Makan seperti yang dinyatakan (sarapan, makan tengahari & makan malam).
  • Tiket masuk ke tempat-tempat yang mengenakan bayaran seperti yang dinyatakan.
  • Pemandu pelancong.
  • Proses visa.
  • Tip/imbuhan kepada pemandu pelancong.
Pakej tidak termasuk :-
  • Pengangkutan dari Alor Setar ke Kuala Lumpur.
  • Perbelanjaan peribadi.
  •  Cukai lapangan terbang dan cukai bayaran lebihan bagasi (30kg ke atas).

Harga pakej :-

RM1850.00/seorang - (Minimum 10 orang ke atas)



**Nota : Harga adalah tertakluk kepada perubahan semasa.

                                  






PAKEJ KE TERENGGANU DAN KOTA BHARU, KELANTAN

30 April 2014 - 04 Mei 2014 (4 Hari 3 Malam)
Harga Pakej : RM260.00/ Seorang





Harga Pakej Termasuk
  • Pengangkutan (Tambang bas)
  • Penginapan (Hotel : 2 orang sebilik)
Hotel Ombak Inn (Kelantan)
Hotel Kenangan (Terengganu)

Atucara Perjalanan

Hari 01 - (30 April 2014)
Semua peserta berkumpul di hadapan Masjid Zahir. Mula bertolak ke negeri Terengganu selepas solat Isyak.

Hari 02 - (01 Mei 2014)
Setelah tiba di Negeri Terengganu, pengurusan diri, solat dan sarapan. Setelah itu, anda akan dibawa membeli-belah di Pasar Guar Payang dan kemudiannya terus dibawa ke Hotel Kenangan untuk check in dan berehat. Pada sebelah petang, anda akan dibawa melawat Masjid Kristal dan Desa Craft. Kembali ke Hotel. Acara bebas.

Hari 03 - (02 Mei 2014)
Selepas sarapan, perjalanan diteruskan ke Kota Bharu, Kelantan. Setibanya di Bandar Kota Bharu, anda akan dibawa membeli-belah di sekitar Pasar Siti Khadijah. Setelah selesai membeli-belah, anda akan dibawa ke Hotel Ombak Inn untuk check in dan berehat. Acara bebas. Pada sebelah malamnya pula, anda akan dibawa ke Wakaf Che Yeh untuk membeli-belah.

Hari 04 - (03 Mei 2014
Pastikan barang-barang anda telah diletakkan di Lobi. Check out Hotel. Sebelum bertolak, bas akan singgah di Restoran yang berdekatan dengan Hotel untuk bersarapan dan mula bertolak pulang ke Alor Setar, Kedah.

Tuesday, 4 March 2014

5 HARI 4 MALAM GOLD COAST (PAKEJ MUSLIM)

HARI 01 : GOLD COAST / PARADISE COUNTRY (Tengahari/Malam-HALAL)

  • Tiba di Lapangan Terbang Gold Coast.
  • Melawat Paradise Country. Disini anda boleh merasai pengalaman baru di Ladang Aussie. Kehidupan di ladang adalah satu fantasi untuk kanak-kanak daripada semua peringkat umur dan itulah tarikan sejagat Paradise Country. Hari yang hebat untuk sesiapa sahaja mencari pengalaman pengembaraan pedalaman.
  • BBQ akan disediakan di ladang ini sebagai hidangan tengahari dan semestinya HALAL.
  • Check-in hotel di Gold Coast.



HARI 02 : GOLD COAST / MOVIE WORLD (Sarapan/Tengahari/Malam-HALAL)
  • Sarapan di hotel.
  • Melawat Movie World. Merasai keajaiban dan keseronokan dunia di mana semua orang bintang - Warner Bros Pengalaman menaiki seperti yang lain dengan Superman Escape - rollercoaster mendebarkan di mana perjalanan anda 100km /jam dalam masa dua saat. Seterusnya pengembaraan ke dimensi  dalam DreamWorks Shrek 4D Adventure. Alami keseronokan tunggangan seperti Lethal Weapon dan Wild West Falls, Scooby-Doo Coaster tulang belakang-cucukan yang Spooky, atau keseronokan Looney Tunes Village. Movie World menanti anda untuk merasai pengalaman yang menakjubkan!
  • Pulang ke hotel dan acara bebas.





HARI 03 : GOLD COAST / HOT AIR BALLOON / SEA WORLD (Sarapan/Tengahari/Malam-HALAL)
  • Seawal pagi anda akan menaiki Hot Air Balloon untuk menikmati penerbangan yang unik, hebat dan tidak dapat dilupakan. Anda akan ditemani oleh  Juruterbang paling berpengalaman serta kakitangan di Australia. Ia sepenuhnya dilesenkan sebagai syarikat penerbangan komersial dengan Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Awam dan mengutamakan aspek keselamatan penumpang untuk merasai keseronokan dan pengalaman yang menakjubkan.
  • Melawat Sea World. Sea World mempunyai lebih daripada permainan yang menarik, tarikan dan menunjukkan. Ia juga komited untuk penyelidikan marin dan menyelamat, dan tempat di mana pelanggan dapat mempelajari dan membuat hubungan dengan pelbagai haiwan marin.
  • Pulang ke hotel dan acara bebas.



HARI 04 : GOLD COAST / BERSANTAI (Sarapan)

  • Sarapan di hotel.
  • Anda akan dibawa untuk membeli-belah dan bersiar-siar sekitar Surfers Paradise atau anda boleh mengambil lawatan pilihan.

                                                               



HARI 05 : GOLD COAST / BERTOLAK PULANG (Sarapan)

  • Sarapan di hotel.
  • Bertolak ke Lapangan Terbang Gold Coast untuk penerbangan ke Malaysia.


**Nota : Hubungi kami untuk mendapatkan harga pakej ini.





Sunday, 2 March 2014

5 HARI 4 MALAM BEIJING (PAKEJ MUSLIM)

Harga Pakej dari RM500/ seorang (Ground sahaja)
Minimum 15 orang

Great Wall

Summer Palace

Forbidden City

Acrobatic Show

Masjid Nan Dou Ya

Yashow Market

HARI 01 : 
Berlepas ke Beijing. Setibanya di Beijing anda akan disambut oleh wakil kami di balai ketibaan. Selepas pemeriksaan imigresen dan kastam, anda akan dibawa makan malam di restoran muslim tempatan. Selepas itu, anda akan dibawa pula menikmati Acrobatic Show dan seterusnya ke hotel untuk daftar masuk.

HARI 02 :
Selepas sarapan pagi di hotel, anda akan dibawa ke Tian'anmen Square, Forbidden City dan Pusat Pemulihan Kedoktoran Tradisional China (Pusat Kajian Herba). Disini terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan berasaskan herba. Selepas makan tengahari, anda akan dibawa solat di Masjid Nan Dou Ya iaitu masjid yang terkenal di Beijing dan seterusnya melawat Kedai Sutera. 

HARI 03 :
Selepas sarapan di hotel, anda akan dibawa ke Tembok Besar China @ Great Wall dan lain-lain membeli-belah tempat seperti Pusat Jade, Pusat Sutera, Kilang Kristal dan Burning Cream.

HARI 04 :
Selepas sarapan di hotel, anda akan dibawa ke Tea House, Summer Palace dan singgah solat di Masjid Madian selepas makan tengahari. Tempat lawatan seterusnya ialah melawat Fresh Water Pearl Center, National Bird's Nest Stadium, Jewelry City dan melawat Bamboo Coal Stop dan membeli-belah di Silk Street Market.

HARI 05 :
Selepas sarapan di hotel, anda akan dibawa membeli-belah untuk kali terakhir di Yashow Market sebelum dihantar ke Airport untuk berlepas pulang.

PAKEJ TERMASUK :
  • Pengangkutan berhawa dingin
  • Bayaran masuk ke tempat-tempat yang mengenakan bayaran seperti dalam atucara
  • Penginapan hotel 3 *** (Shanshui Trends Hotel @ setaraf) - Twin sharing 
  • Sarapan, makan tengahari dan makan malam di Hotel @ Restoran halal tempatan seperti dalam atucara
  • Pemandu pelancong yang fasih berbahasa melayu dan inggeris
  • Tip kepada pemandu pelancong
  • Tempat - tempat  yang wajib dilawati - Silk Factory, Jade Factory, Fresh Water Pearl Factory, Jewelry City, Foot Massage, Chinese Tea House, Crystal Shop, Burning Cream Center dan Bamboo coal shop

PAKEJ TIDAK TERMASUK :
  • Tiket penerbangan pergi dan balik
  • Visa
  • Cukai di Lapangan Terbang
  • Perbelanjaan peribadi

Nota : Harga adalah tertakluk kepada perubahan semasa.