Tuesday, 26 August 2014

3 HARI 2 MALAM ‘BOAT HOUSE’ TASIK PEDU, KEDAH


  

Harga Pakej: RM300.00 / seorang (Min:10 orang / max:12 orang)

Rasai pengalaman menarik menyusuri kedamaian Tasik Pedu dengan Seri Mahawangsa ‘BoatHouse’. Seri Mahawangsa ‘Boat House’ ialah penginapan didalam bot yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti elektrik (Generator), bilik tidur, dapur, bilik mandi serta ruang santai. Jadikan percutian ini sebagai kenangan terindah anda bersama keluarga tersayang.

Aktiviti di ‘Boat House’:-
·         Menyusuri pemandangan tasik yang indah termasuk melawat pulau-pulau serta melihat keindahan Gunung Fakir Terbang yang menjadi lagenda Tasik Pedu.
·         Aktiviti berenang.
·         Aktiviti memancing.
·         Melawat kawasan ternakan ikan dalam kolam.
·         Melawat kawasan madu tualang yang terkenal (atas permintaan dan dikenakan caj).
·         Berpeluang melihat kehidupan liar seperti rusa, kijang, pelanduk, gajah dan lain-lain.

HARI 01: TERAP INN, KUALA NERANG (MINUM PETANG, MAKAN MALAM)
Daftar masuk di Terap Inn. Anda akan dihidangkan dengan minum petang. Makan malam di Terap Inn dan bermalam di sana.

HARI 02: TASIK PEDU – BOATHOUSE (SARAPAN, MAKAN TENGAHARI,MINUM PETANG,MAKAN MALAM, MINUM MALAM)
Sarapan pagi dan bertolak ke Tasik Pedu dengan kenderaan Terap Inn. Menaiki Boat House untuk memulakan perjalanan di Tasik Pedu. Makan tengahari akan dihidangkan. Seterusnya minum petang di atas Boat House. Makan malam dan minum malam anda juga akan di hidangkan di dalam Boat House. Anda akan merasai pengalaman bermalam di atas Boat House.

HARI 03: TASIK PEDU – TERAP INN (SARAPAN)
Sarapan pagi di dalam Boat House sambil menikmati keindahan matahari terbit. Bertolak pulang ke Terap Inn dengan kenangan manis di Tasik Pedu.


 PAKEJ TERMASUK:
·         Pengangkutan dari Terap Inn – Tasik Pedu – Terap Inn.
·         Pemginapan 1 malam di Terap Inn.
·         Penginapan di atas BoatHouse.
·         Makan dan minum seperti yang dinyatakan.
·         Tempat letak kereta yang selamat.
·         Bot pengiring semasa di Tasik Pedu.
·         Jurupandu dan penyelamat.

PAKEJ TIDAK TERMASUK:
·         Perkhidmatan selain dari yang dinyatakan.
·         Perbelanjaan peribadi.
·         Insurans.
·         Segala peralatan memancing.

Nota: Harga di atas adalah tertakluk kepada sebarang perubahan semasa.