Wednesday, 26 February 2014

TENTANG KAMI

Saiburi Tour & Travel Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat peneraju pelancongan di dalam dan luar negara yang terkenal di utara Semenanjung Malaysia. Syarikat kami telah beroperasi sejak lebih daripada 20 tahun yang lalu dengan perkhidmatan yang menyeluruh, pakaj pelancongan yang menarik dan harga yang berpatutan. Objektif penubuhan syarikat kami adalah :-

Objektif Syarikat :-

Membantu dalam penambahan pertumbuhan ekonomi Negara. 
Memperkenalkan Negara Malaysia kepada pelancong asing. 
Menawarkan perkhidmatan yang sedia ada untuk memenuhi permintaan pelancong. 
Menjadi sebuah syarikat yang berkomitmen dalam industri pelancongan.

Visi Syarikat :-

Syarikat ini juga bermatlamat menjadi syarikat yang dipercayai oleh setiap pelancong agar ia memberi satu impak kepada perkembangan dalam pembangunan industri dalam agensi pelancongan di negeri Kabah mahupun di Malaysia, Sabah dan juga Sarawak supaya ia memberi sambutan yang memberansangkan dari sudut perkhidmatan pengangkutan agar pelancong dapat merasakan mereka senang dengan perkhidmatan yang kami berikan.

Misi Syarikat :-

Kami menitikberatkan keselesan dan keselamatan pelancong yang menggunakan perkhidmatan. 
Menawarkan perkhidmatan yang terbaik serta pakej pelancongan yang memuaskan kepuasan pelanggan.

Slogan syarikat kami iaitu “Terokai Pengalaman Percutian Yang Menakjubkan” yang membawa maksud setiap perkhidmatan yang kami tawarkan akan memberikan pengalaman percutian yang unik dan akan kekal diingatan para pelanggan kami.

No comments:

Post a Comment