Monday, 17 February 2014

PAKEJ UMRAH UNTUK BULAN MEI 2014 KINI DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN



HARGA PAKEJ RM7,250
PAKEJ UMRAH 2014 BERSAMA SAIBURI TOUR & TRAVEL SDN. BHD.
TARIKH BERLEPAS : 25 MEI 2014 - 5 JUN 2014 (12 HARI 10 MALAM)

Pakej Termasuk 
  • Tiket penerbangan pergi dan balik (Kelas Ekonomi)
  • Penerbangan terus menaiki Saudi Airlines Alor Setar - Kuala Lumpur - Jeddah, Madinah - Kuala Lumpur - Alor Setar
  • Visa Umrah
  • Penginapan di Makkah dan Madinah seperti dinyatakan atau @ setaraf
  • Pengangkutan (Jeddah - Makkah - Madinah)
  • Makan dan minum seperti yang dinyatakan
  • Bimbingan Mutawwif dari Malaysia iaitu Ustaz Haji Abdullah bin Haji Saad (Tok Syeikh Lah)
  • Air zam-zam 10 Liter setiap seorang
  • Insurans perjalanan 
  • Cenderamata dari Saiburi Tour & Travel 
* Tidak termasuk perbelanjaan persendirian dan harga adalah tertakluk kepada perubahan semasa.

CARA PENDAFTARAN 
  • Wang pendahuluan sebanyak RM1000.00. 
  • Baki bayaran dan semua dokumen hendaklah diserahkan sebelum 50 hari dari hari keberangkatan.
Dokumen yang diperlukan untuk permohonan visa :
  • Pasport Antarabangsa sahlaku melebihi 6 bulan ke atas
  • Pengesahan suntikan meningococcal meningitis ACWY 135
  • 4 keping gambar berukuran visa 4 x 6 cm (berlatar belakang putih) dan bertudung gelap bagi wanita
  • Salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara & Wisma Putra
  • Salinan surat beranak
  • Salinan surat nikah yang telah disahkan oleh Majlis Agama Islam 

 - JADUAL PAKEJ -

HARI 01 - KUALA LUMPUR (KUL) - JEDDAH (JED)
  • Semua jemaah dikehendaki berkumpul di Aras 5 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekurang-kurangnya 3 jam sebelum penerbangan (dengan pakaian ihram). 
  • Solat Zohor dan Solat Asar (Jamak Taqdim) secara berjemaah.
  • Jemaah akan berniat umrah di dalam pesawat ketika melewati Miqat Makani yang akan diumumkan oleh juruterbang. 
HARI 02 - MAKKAH
  • Setibanya di Makkah, jemaah akan dibawa terus ke Hotel untuk berehat serta makan. Selesai urusan check in, jemaah akan berkumpul di Lobi Hotel dalam keadaan berwudhu' dan bertolak ke Masjidil Haram untuk melakukan Umrah dengan dibimbing oleh Mutawwif yang bertugas.
  • Selesai Umrah (Tawaf, Saie, Tahlul) jemaah akan pulang ke Hotel dan berehat.
HARI 03 - MAKKAH
  • Solat 5 waktu di Masjidil Haram
  • Atucara bebas. Jemaah digalakkan untuk melakukan amalan-amalan infradi di dalam Masjid (tawaf sunat/ baca Al-Quran/ amalan iqtikaf dalam Masjid).
HARI 04 - MAKKAH
  • Sarapan pagi di Hotel. Berkumpul di Lobi untuk ziarah tempat-tempat yang bersejarah di Kota Makkah. Menyempurnakan Umrah (bawa pakaian ihram bersama).
HARI 05 - 07 MAKKAH
  • Setelah solat subuh dan sarapan pagi, jemaah akan dibawa Mutawwif untuk menyempurnakan Umrah
HARI 08 - MAKKAH - MADINAH
  • Setelah selesai solat subuh dan sarapan pagi, jemaah diminta mempersiapkan barang-barang untuk diletakkan di Lobi Hotel.
  • Dijangka jemaah akan melakukan Tawaf Wada' pada jam 9.00 pagi.
  • Jemaah dijangka bertolak ke Madinah pada jam 10.30 pagi.
  • Setibanya di Madinah, jemaah akan dibawa terus untuk check in Hotel. Setelah itu, melakukan ziarah Makam Rasullullah S.A.W. dan berkesempatan solat di Raudhah. 
HARI 09 - MADINAH
  • Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa Mutawwif menziarahi tempat-tempat yang bersejarah di Madinah.
HARI 10 - MADINAH
  • Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa Ziarah Dalam Masjid Nabi.
HARI 11 - MADINAH 
  • Jemaah diminta memastikan barang-barang telah berada di Lobi Hotel.
  • Bertolak ke Lapangan Terbang Madinah untuk berlepas pulang ke Malaysia.
HARI 12 - KUALA LUMPUR
  • Dijangka akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 1.30 petang.
* Jadual diatas adalah tertakluk kepada sebarang perubahan semasa tanpa sebarang notis.

Semoga mendapat Umrah yang mabrur dan doa yang diterima di sisi Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal A' lamin.

No comments:

Post a Comment