GUANGZHOU / SHENZEN
Guangzhou merupakan Bandar ketiga terbesar di China selepas
Beijing dan Shanghai. Tidak lama dahulu ia dikenali dengan nama Canton dan merupakan ibu
kota wilayah Guangdong yang terletak di bahagian selatan China. Kedudukan
Guangzhou yang menghadap Laut Selatan membelakangi Delta Sungai Mutiara di
sebelah utara, dan terletak berdekatan dengan Shenzhen, Hong Kong dan Macau. Guangzhou
menjadi tumpuan dari seluruh dunia sebagai pusat pemborong barangan dan membeli-belah.
LOTUS MOUNTAIN (LIANHUA SHAN)
Lotus Mountain (Lianhua Shan) merupakan bukit yang terkenal di Delta Sungai
Pearl dan setinggi 106 meter dengan rumput karpet yang menghijau.
Pada masa dahulu, Lotus Mountain adalah tapak kuari batu. Selepas
beratus-ratus tahun aktiviti perlombongan, ia mula membentuk tebing dan gua yang
unik. Tempat ini terkenal dikalangan penduduk tempatan sebagai tempat untuk
bersantai, berjoging bermain layang-layang dan mendaki bukit.
TAMAN YUEXIU
Taman
Yuexiu adalah taman yang terbesar di pusat bandar Guangzhow. Taman seluas
868 meter persegi ini terdiri daripada tiga buah tasik buatan dan tujuh buah
bukit. Ianya terletak di atas bukit. Taman yang penuh kehijauan ini
memberi kesegaran dan ketenangan kepada sesiapa sahaja yang mengunjunginya.
Selain itu berpeluang bersiar-siar ditaman ini sambil menghirup udara yang
segar, boleh juga boleh menaiki bot elektrik atau bot yang dikayuh sendiri
untuk menikmati keindahan tasiknya. Disini tersergam Menara Zhenhai atau
dikenali juga sebagai Menara Lima Tingkat atau Menara Wanghai. Rujukan kedua
itu mewakili struktur menara terbabit yang mempunyai lima tingkat, manakala
Wanghai pula kerana ia pernah digunakan sebagai menara peninjau atau bangunan
pengawal pantai suatu masa dulu. Dibina pada 1380 iaitu zaman Dinasti Qing,
Menara Zhenhai pernah menjadi bangunan tertinggi di Guangzhou. Ia dibina
menggunakan batu pasir berwarna merah dan bata berwarna coklat kemerahan,
membentuk gabungan menarik unsur seni bina moden Bauhaus dan pagoda tradisional
China. Pada 1956, menara ini juga dijadikan Muzium Guangzhou.
DEWAN PERINGATAN SUN YAT SEN
Dewan Peringatan Sun Yat Sen merupakan sebuah Dewan besar yang dibina pada
tahun 1929 bagi memperingati jasa Dr Sun Yat Sen. Tugu ini terletak di atas
Bukit Guanyin dengan ketinggian 37 meter dalam gaya pagoda sambil dihiasi 12
arca kepala kambing di ruang bawahnya selaras simbol Guangzhou yang digelar
kota lagenda kambing.
MAQAM SAAD BIN ABI WAQAS
Saad
bin Abi Waqas adalah bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W. telah datang ke Negara China untuk menyebarkan agama Islam. Masjid Huaisheng yang menjadi salah satu
tonggak sejarah Islam paling berharga di China telah didirikan . Masjid ini merupakan masjid yang terawal dan tertua di China dan usianya sudah melebihi 1300 tahun. Ianya
teletak di jalan Guang Ta Lu. Sebahagian orang percaya Saad bin Abi Waqqas
menghabiskan sisa hidupnya dan meninggal di Guangzhou, China. Sebuah pusara
diyakini sebagai makamnya telah menjadi tempat kunjungan pelancong dari
seluruh pelosok dunia.
BEIJING ROAD
Beijing Road merupakan pusat membeli-belah yang tertua dan terbesar di Guangzhou. kawasan ini dipenuhi dengan kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barangan seperti pakaian, barang kemas, cenderamata, mainan, barangan kulit, kasut, beg, makanan
ringan, minuman dan lain-lain.
SHANGXIAJIU SHOPPING STREET
Di Shangxiajiu Shopping Mall terdapat beratus-ratus kedai termasuk beberapa pusat membeli belah dan
restoran. Bangunan yang terdapat disepanjang jalan merupakan yang tertua di Bandar
Guangzhou sangat menarik yang menggabungkan senibina Eropah dan China lama.
LUOHU COMMERCIAL HALL
Luohu Commercial
Hall adalah salah satu pusat fesyen. Disini terdapat banyak kedai-kedai yang terkenal
seperti MIXC, Seibu Department Store, Persahabatan Department Store, pawagam, dewan tarian dan lain-lain.


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)


No comments:
Post a Comment